Monday 17 August 2015

Memeriksa kebocoran gas aircond

Aircond yang telah di pasang perlu lah dibuat pemeriksaan kebocoran gas pada peringkat terakhir pemasangan sebelum siap kesemua kerja-kerja pemasangan. Sesetengah kontraktor dengan yakin tidak memeriksa kebocoran dan hanya memasang siap. Setelah pelanggan menggunakan aircond untuk beberapa lama (bergantung kepada besar kebocoran) pelanggan mula mengadu aircond panas tetapi kontraktor tidak mahu datang semula dan mungkin juga ada yang datang dan mengatakan kerosakkan lain.
-AWAS DENGAN TRICK INI-

Disini video pihak kami membuat pemeriksaan kebocoran pada sambungan aircond



Untuk sebarang pertanyaan atau perlukan perkhidmatan pemasangan, servis atau repair aircond/ wiring/CCTV/Plumbing/Autogate jangan segan silu untuk menghubungi pihak kami ROLL Services di talian 0192523304

Sunday 16 August 2015

Servis overhaul

Kerja-kerja overhaul 4 unit aircond jenis cassete unit 2.5hp di kedai satey kajang hj.samuri







Jenis-jenis aircond

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini sambil tengah rehat-rehat dari buat kerja kita berkongsi sedikit info tentang jenis-jenis penyaman udara/aircond.

Jenis -jenis penyamanan udara terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu domestik dan komersil. Bagi kegunaan domestik 3 jenis penyaman udara yang biasa digunakan ialah jenis pisah(split), jenis tingkap(window) dan jenis mudahalih (portable). Manakala bagi kegunaan komersil sistem penyaman udara agak kompleks dan menggunakan sistem Air Handling Unit.
UNIT PISAH
Unit pisah terdiri daripadan unit dalam (indoor) dan unit luar (outdoor). Unit ini paling meluas digunakan pada hari ini kerana lebih mudah dan kemas semasa pemasangan, terdapat kepelbagaian kapasiti pendinginan dan mudah dioperasi. Unit pisah mempunyai alat kawalan jauh untuk pelbagai tujuan.

Unit Pisah
http://us.sanyo.com
Terdapat pelbagai rekabentuk unit pisah dipasaran untuk memenuhi permintaan pengguna. Lokasi dan keluasan bilik adalah faktor utama untuk memilih unit pisah yang sesuai. Antara yang biasa di jumpai ialah:
a) lekapan dinding (wall mounted)

Wall Mounted
b) siling (ceiling mounted)

Ceiling Mounted
c) lantai (floor mounted)

Floor Mounted
d) kaset (cassette)

Cassette
e) salur (ducting)

Ducting
f) berbilang (multi) 

Multi-Split-Wall-Mounted

Multi-Split-Ducting
http://www.archiexpo.com
UNIT TINGKAP
Unit tingkap mempunyai semua komponen – komponen utama dalam kerangka unit. Unit ini mempunyai sambungan perpaipan yang telah disambung dari awal rekabentuk menjadikan unit ini jarang mengalami kebocoran gas.  Pemasangan unit agak mudah tetapi memerlukan ruang yang lebih luas untuk menempatkan kerangka.

Unit Tingkap
http://www.lg.com
UNIT MUDAHALIH
Kini terdapat unit mudahalih untuk memberi lebih pilihan kepadan pengguna. Unit ini mempunyai penyejat, pemeluwap dan motor di bahagian atas dan bawah serta built in compressor. Maklumat lanjut unit ini boleh di dapati pada manual produk. Dari aspek luaran unit ini kelihatan seperti Air Cooler namun ia berbeza dari aspek komponen dalaman dan aspek rekabentuk.

Portable Airconditioner
 Moga dengan sedikit info ini kira dapat lah kita sama-sama berkongsi dan mempelajari ilmu baru.     
Untuk sebarang pertanyaan atau perlukan perkhidmatan pemasangan, servis atau repair aircond/ wiring/CCTV/Plumbing/Autogate jangan segan silu untuk menghubungi pihak kami ROLL Services di talian 0192523304

blog rujukan : Cikgunas.com

Saturday 15 August 2015

ROLL Services adalah syarikat Bumiputra yang berdaftar dan berpengalaman LEBIH DARI 5 TAHUN dengan servis yang MEMUASKAN dan HARGA BERPATUTAN!!. Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut :



Aircond (semua jenis aircond ) - memasang aircond,Servis aircond,Repair aircond

Wiring - Wiring baru untuk rumah/pejabat, Menambah wiring baru,Memasang dan menambah                           lampu atau 
soket, Troubleshoting, Memohon bekalan elektrik baru dari TNB (Meter TNB)

Plumbing - Membekal dan memasang peralatan paip, Membaiki paip patah atau rosak,Membaiki                           paip bocor
 atau paip tersumbat.

CCTV - Membekal dan memasang CCTV baru, Troubleshoting

Autogate - Membekal dan memasang Autogate baru, Troubleshoting

Sewerage system - Troubleshoting/repair



Sekiranya berminat atau untuk sebarang pertanyaan sila hubungi/SMS/whatsup - 0192523304 (FAKRUL)


Kami sedia membantu untuk menyelesaikan masalah anda.
Assalamualaikum.