Sunday 16 August 2015

Jenis-jenis aircond

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini sambil tengah rehat-rehat dari buat kerja kita berkongsi sedikit info tentang jenis-jenis penyaman udara/aircond.

Jenis -jenis penyamanan udara terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu domestik dan komersil. Bagi kegunaan domestik 3 jenis penyaman udara yang biasa digunakan ialah jenis pisah(split), jenis tingkap(window) dan jenis mudahalih (portable). Manakala bagi kegunaan komersil sistem penyaman udara agak kompleks dan menggunakan sistem Air Handling Unit.
UNIT PISAH
Unit pisah terdiri daripadan unit dalam (indoor) dan unit luar (outdoor). Unit ini paling meluas digunakan pada hari ini kerana lebih mudah dan kemas semasa pemasangan, terdapat kepelbagaian kapasiti pendinginan dan mudah dioperasi. Unit pisah mempunyai alat kawalan jauh untuk pelbagai tujuan.

Unit Pisah
http://us.sanyo.com
Terdapat pelbagai rekabentuk unit pisah dipasaran untuk memenuhi permintaan pengguna. Lokasi dan keluasan bilik adalah faktor utama untuk memilih unit pisah yang sesuai. Antara yang biasa di jumpai ialah:
a) lekapan dinding (wall mounted)

Wall Mounted
b) siling (ceiling mounted)

Ceiling Mounted
c) lantai (floor mounted)

Floor Mounted
d) kaset (cassette)

Cassette
e) salur (ducting)

Ducting
f) berbilang (multi) 

Multi-Split-Wall-Mounted

Multi-Split-Ducting
http://www.archiexpo.com
UNIT TINGKAP
Unit tingkap mempunyai semua komponen – komponen utama dalam kerangka unit. Unit ini mempunyai sambungan perpaipan yang telah disambung dari awal rekabentuk menjadikan unit ini jarang mengalami kebocoran gas.  Pemasangan unit agak mudah tetapi memerlukan ruang yang lebih luas untuk menempatkan kerangka.

Unit Tingkap
http://www.lg.com
UNIT MUDAHALIH
Kini terdapat unit mudahalih untuk memberi lebih pilihan kepadan pengguna. Unit ini mempunyai penyejat, pemeluwap dan motor di bahagian atas dan bawah serta built in compressor. Maklumat lanjut unit ini boleh di dapati pada manual produk. Dari aspek luaran unit ini kelihatan seperti Air Cooler namun ia berbeza dari aspek komponen dalaman dan aspek rekabentuk.

Portable Airconditioner
 Moga dengan sedikit info ini kira dapat lah kita sama-sama berkongsi dan mempelajari ilmu baru.     
Untuk sebarang pertanyaan atau perlukan perkhidmatan pemasangan, servis atau repair aircond/ wiring/CCTV/Plumbing/Autogate jangan segan silu untuk menghubungi pihak kami ROLL Services di talian 0192523304

blog rujukan : Cikgunas.com

No comments:

Post a Comment